Monday, March 9, 2009

kakak saya orang gila

this was my sister's response to a girl who complained about my sister blogging in English:

PHD (Perasaan Hasad Dengki)

Ada seorang hamba Allah ni bertanya pada saya tempoh hari. Soalannya berbunyi:-

“Wei. Asal ko ni poyo sangat tulis blog dalam English? Ko pk ko bagus sangat sebab terer speaking? Malu ke nak menulis dalam bahasa sendiri?”

Memandangkan entry ni adalah respon kepada si pembaca yang marah and tak berapa happy dengan cara saya mem-blog, baiklah ia ditulis lebih dalam bahasa Melayu, iaitu “bahasa sendiri” saya.

Let me first make some things clear (kalau ada yang tak faham, ayat ini bermaksud Biarlah saya menjelaskan beberapa perkara terlebih dahulu).

1. Saya tak pernah fikir diri saya bagus sebab agak pandai berbahasa Inggeris. Bangga ye. Selalu sebab saya dianggap mempunyai value adding quality atau added advantage kerana mampu menguasai bahasa lain selain bahasa ibunda saya dengan baik. Ye. Saya mengaku saya berbangga tapi takdela sampai tahap fikir diri sendiri bagus. Saya mengaku, memang kadangkala saya akan tergelak kalau ada kesilapan yang major dalam bahasa Inggeris orang lain tapi itu hanyalah sebab bila grammar atau perkataan yang salah digunakan, sesuatu ayat itu akan kedengaran sangat lucu. Jadi kalau dah lucu, gelakla. Anda pun kalau ada orang yang tak fasih berbahasa Melayu (macam Mat Salleh atau orang berbangsa lain selain Melayu) membuat kesilapan dalam bahasa mereka, mesti anda gelak jugak. So, jangan salahkan saya.
Saya mengaku itu semua tapi saya tak pernah anggap saya lebih bagus dari orang lain semata-mata kerana kemahiran bahasa saya. Kadang-kadang kalau ada orang buat silap, saya sendiri rasa bersalah nak betulkan kesilapan mereka sebab takut nanti terasa pulak. Tapi most of the time saya betulkan jugak sebab taknak mereka buat silap yang sama in the future. Macam kawan-kawan yang betulkan bahasa Melayu saya jugak.
Kita sama-sama belajar.


2. Sebenarnya, untuk pengetahuan semua (saya bukan nak cakap besar tapi ini adalah kebenaran), saya dilatih untuk berbahasa Inggeris dari kecik lagi. Memang dari kecik, saya dan adik saya yang nombor dua diajar untuk bercakap in English. Even kat rumah pun seingat saya, kami lebih banyak berbahsa Inggeris dari bahasa Melayu. Kalau cakap Melayu pun mesti cakap dengan dialect Utara. Sebab tu kami lebih fasih. Adik-adik saya nombor tiga dan empat pun boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik tapi mereka taklah sefasih saya dan adik saya yang nombor dua sebab Mama bekerja semasa membesarkan mereka jadi masa yang diluangkan dengan mereka agak kurang sikit jika dibandingkan dengan saya dan adik saya yang nombor dua.
Kalau anda fikir saya poyo kerana lebih selesa berbahasa Inggeris, maka anda mesti rasa parents saya poyo tahap alam sebab awal-awal dah nak train anak cakap orang Putih. Thank you Mama and Abah.



3. Saya ingat lagi masa time sekolah dulu, BM saya tak pernah nak A (except for Karangan sebab maklumlah, orang suka bercerita). Masa sekolah rendah ok lagi. Bila dah naik sekolah menengah...humph...memang hancur. Cikgu BM pun heran. Students bangsa Cina lagi hebat BM dari saya. Naik form 4 and 5 lagi teruk sebab masa tu saya sorang je Melayu dalam kelas tu. Yang 27 lain lagi tu semua Cina. Tapi disebabkan nak SPM, memang saya pulun habis la mem-polish BM saya. Alhamdulillah dapat A1 untuk BM.
Masuk UiTM, saya dapat gelaran Samy Vellu Jr. Sebabnya, perbendaharaan kata Bahasa Melayu saya memang tak banyak. Tak luas. Oleh yang demikian, saya cenderung untuk merosakkan bahasa dengan mereka-reka perkataan untuk perkataan yang saya tak tahu dalam bahasa Melayu. Contohnya seperti “mem-polish”dan “mem-blog”. Kawan-kawan pun suka sakat telo saya bertutur bahasa Melayu sebab bunyi R saya rolling and bila saya sebut T keluar angin dan huruf S agak slur (ala-ala Ajai tapi saya tak buat-buat. Memang keluar dari mulut macam tu).
Kat UiTM baru start cakap BM dengan lebih sebab kawan-kawan semua Melayu. Memang asyik kena gelak je (kalau nyanyi lagu Melayu yang ada perkataan seperti “cinta”, Nana, Yan, Ema and Ana mesti tak terlupa nak ajuk balik) tapi lama-lama dah lali.
Sebenarnya, saya bukan malu nak menulis dalam bahasa Melayu tapi saya
lebih malu untuk merosakkan bahasa Melayu.


4. Apehal plak nak malu dengan bahasa sendiri? Saya selalu berbangga dan tak pernah malu with the fact that saya ni berbangsa Melayu. Despite pelbagai tomahan yang dilemparkan keatas kita orang Melayu. Saya tetap mengaku saya Melayu. Walaupun saya tak berapa nak sejati kemelayuannye, saya tetap Melayu. At least saya takdela plak nak perasan diri saya ni macam keturunan Mat Salleh (walaupun Abah mengaku yang konon-kononnya keturunannya boleh di-trace sampai ke pahlawan Melayu yang bernama Mat Salleh. Eh...ke Mat Kilau? Tak ingat). Rambut saya masih hitam dan bukan blonde habis sampai tak masuk langsung dengan kulit anda yang tak berapa nak Mat Salleh tu (kepada rakan-rakan, jangan terasa dengan statement ini kerana blonde dirambut anda itu hanyalah highlites dan bukannya satu kepala diwarnakan habis. Warna-warna lain berunsur keperang-perangan dan Mahogany masih bersesuaian dengan orang Asia. Yang saya tak boleh blah ialah rambut yang di-bleach blonde). Kulit saya hitam manis dan saya suka. Tak pula saya berusaha bersungguh-sungguh untuk memutihkannya. Saya berbaju kurung (walaupun bukan all the time). Saya tak gi clubbing dan tak minum arak macam Orang-orang putih yang anda jadikan contoh tu. Saya bergaul bebas, dengan orang dari all walks of life tapi saya tahu menjaga batasan. Saya masih reti menjaga tatasusila sebagai orang Melayu. Walaupun saya tak boleh dikategorikan sebagai sopan santun(no matter how hard I try, my voice and laughter always come out loud), saya menghormati orang tua. Drama dan filem Melayu saya tonton. Lagu Melayu saya dengar dan hafal. Saya bangga berbangsa Melayu dan bangga dengan bahasa Melayu. Saya kagum dengan sesiapa sahaja yang berusaha keras memperkasakan Bahasa Melayu di persada dunia. Saya rasa, saya lebih Melayu dari anda Cik Pengomen.
Mungkin anda tak perasan yang ada beberapa blog entry saya di sini ditulis dalam bahasa Melayu. Sila buat homework sebelum memberi komen sembarangan.




Baiklah, since semua dah dijelaskan rasanya (kalau ada lagi yang tak berapa nak jelas, saya akan jelaskan di kesempatan yang lain), there’s only one more thing.







Suka hati akulah aku nak blog dalam English ke, Mandarin ke, Persian ke, Urdu ke, Arab ke, Melayu ke. Ni blog aku. Aku punya pasal la. Yang ko dengki kenapa? Ko tu Melayu tapi blog asyik nak menjatuhkan and memalukan bangsa sendiri je ada aku heran? Ada aku komen? Takde kan? Sebab aku respect kebebasan ko untuk bersuara kat BLOG KO! Blog ko, suka hati la ko nak cakap apa pun kan? Sila apply rule yang sama kat sini. Blog aku ke blog ko ni sekarang? Kalau tak puas hati, sila takyah baca.







Sekian, Terima Kaseh.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

that girl sure messed with the wrong bitch...

1 comments:

Farah Razif said...

HAHAHA. I love the last part.

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com