Friday, March 20, 2009

saya anak Melayu


Untuk mengutuhkan lagi kenyataan "saya anak Melayu", blog ini akan ditulis dalam bahasa Melayu (good luck Farah :))

Saya pun mahasiswa jugak, tapi saya tak menentang PPSMI (bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang PPSMI, sila Google terma tersebut atau klik gambar di atas).

Kenapa saya tak menentang PPSMI?

1. Salah satu perkara yang ditimbulkan dalam proses pembubaran PPSMI ialah kesukaran bagi kanak-kanak luar bandar menuntut mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kerana mereka tidak fasih dalam bahasa tersebut. PPSMI dikatakan hanya menguntungkan pelajar bandar dan anak-anak ornag kaya sahaja.

- bukankah PPSMI akan memberi keuntungan kepada kanak-kanak luar bandar pada masa akan datang? dengan PPSMI, kanak-kanak luar bandar mendapat peluang untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Inggeris dengan lebih. Dengan ini, kanak-kanak luar bandar akan pada masa akan datang menjadi lebih fasih dalam bahasa Inggeris. lagipun, anak-anak orang kaya dan kanak-kanak yang hidup di bandar pun banyak juga yang tidak fasih berbahasa Inggeris. PPSMI sepatutnya dilihat sebagai peluang bagi pelajar memperkasa penguasaan bahasa Inggeris mereka. malahan, boleh dikatakan disini bahawa kebanyakkan mereka yang bersuara menentang PPSMI adalah orang bandar sendiri dan bukan masyarakat luar bandar. lagipun, berkebolehan bertutur bahasa Inggeris memberikan peluang bagi mereka belajar di institusi pengajian tinggi dengan lebih lancar kerana semua mata pelajaran di IPTA dan IPTS diajar dalam bahasa Inggeris. penguasaan bahasa Inggeris juga memberikan kelebihan apabila mendapatkan kerja terutama dalam sektor swasta.

2. Kanak-kanak luar bandar tidak boleh meminta pertolongan dan tunjuk-ajar dari ibu bapa mereka yang tidak tahu berbahasa Inggeris.

- sewaktu saya di alam persekolahan, ibu bapa saya tidak dapat membantu saya dalam mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Melayu kerana mereka telah mempelajari kedua-dua mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris dan mereka tidak memahami perkataan dan terma sains dan matematik di dalam bahasa Melayu. Saya mengaku saya bukanlah pelajar cemerlang tapi walaupun saya hanye mula pergi ke kelas tambahan sewaktu athun akhir di sekolah menengah, saya tetap dapat mempelajari kedua-dua mata pelajaran tanpa bantuan ibu bapa saya. apa gunanya guru? saya pasti perkara yang sama dapat diaplikasikan kepada PPSMI.

3. Catatan prestasi pelajar dalam peperiksaan menurun sejak PPSMI dikuatkuasakan.

- setiap perubahan mengambil masa. kita tak patut mengharapkan kejayaan seratus-peratus dalam masa yang singkat. kanak-kanak yang melalui PPSMI masih dalam proses membiasakan diri dengan perubahan ini. tunggu dan lihat catatan prestasi peperiksaan dalam masa 5 atau 10 tahun lagi. saya pasti keputusan yang akan dicapai pada masa akan datang memberangsangkan.

4. Negara yang meminjam bahasa penjajah tidak maju dan negara-negara yang membanggakan bahasa sendiri seperti Jepun dan Jerman mencapai kemajuan dengan pesat.

- jangan bezakan negara kita dengan negara orang bila bercakap tentang kemajuan. bukan semua perkara boleh diikut dan bukan semuanya harus ditolak. setiap negara mempunyai kelainan yang tersendiri. sepatutnya kita melakukan apa yang terbaik untuk negara kita sendiri dan bukannya sekadar mengikut negara-negara lain.

5. (Ni yang paling penting) PPSMI membunuh bahasa dan budaya Melayu.

- apa kaitan?! bagi saya, bahasa melayu "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas" (kan dah keluar peribahasa). saya pelajar linguistik dan sastera bahasa Ingeeris. saya banyak bertutur dalam bahasa Inggeris sejak sekolah lagi. sekarang, saya menggunakan bahasa Inggeris di dalam kelas sewaktu belajar, bila bertutur dengan rakan, di tempat kerja bila berurusan dengan guru-guru yang bukan Melayu dan ibu bapa pelajar, serta pelajar saya sendiri, dan banyak lagi. pendek kata, bahasa Inggeris lebih banyak saya gunakan berbanding bahasa Melayu. TAPI saya tak pernah malu dengan bahasa saya sendiri. bagi saya, cinta untuk bahasa dan budaya Melayu bukannya sesuatu yang diajar di sekolah tetapi di rumah. saya berkata begini kerana di rumah, saya sentiasa di perli oleh Abah saya sendiri apabila berbahasa Inggeris. ayat-ayat seperti "anak Abah dah tak tau cakap Melayu dah" diluahkan bila saya bertutur dalam bahasa Inggeris. Persoalan "eh, Fatin faham ke apa dia cakap?" juga sering kedengaran bila orang lain berbahasa Melayu apabila bertutur dengan saya. bahkan, saya sering dimarahi Abah apabila berkata "thank you" kepada orang Melayu. selalunya, frasa itu akan dibalas dengan "tak boleh cakap terima kasih ke?" Saya tak malu menjadi anak Melayu. Saya masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan saya masih kenal adab dan adat Melayu. Saya rasa, jika ibu bapa memainkan peranan menyemai cinta untuk bangsa dan bahasa di dalam hati anak-anak mereka, saya pasti bahasa Melayu tak akan mati. Tukar lah semua mata pelajaran supaya diajar dalam bahasa Inggeris sekalipun, bahasa Melayu akan tetap hidup selama-lamanya.


Saya bangga menjadi anak Melayu dan sayang bahasa Melayu, tapi pada hakikatnya, terlalu banyak perkataan dalam bidang sains dan matematik, dan bidang-bidang lain, yang tak tercapai dengan bahasa kita sekarang. bahasa Melayu perlu diperkembang tapi bukan dengan meminjam perkataan dari bahasa lain kerana ini menjatuhkan nilai bahasa itu sendiri. Linguistik bahasa Melayu telah banyak diubah untuk memberi ruang kepada peminjaman perkataan bahasa Ingeris dan bahasa-bahasa lain hingga bahasa Melayu telah hilang keindahnnya. terlalu banyak perkataan seperti "terma" dan "adaptasi" menaburi ayat-ayat Melayu dan saya sebenarnya tidak senang dengan perubahan ini, bukan kerana benci bahasa Melayu mencuri perkataan bahasa Inggeris tetapi kerana sedih melihat bahasa Melayu diperkembang berdasarkan bahasa orang.

Jika ilmuan dan pakar bahasa Melayu ingin menaikkan nama bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu supaya dapat digunakan untuk mengajar sains dan matematik, wajarlah mereka memperluaskan bahasa Melayu tanpa peminjaman perkataan. sehingga itu, biarlah PPSMI diteruskan supaya kanak-kanak yang masih di alam persekolahan tidak keliru dengan perubahan yang tak sudah-sudah dikuatkuasakan. berilah mereka peluang untuk belajar tanpa kontroversi (ni pun perkataan pinjam).


5 comments:

Farah Razif said...

I'm insulted! What's that suppose to mean?!
Saya boleh baca okey. :P
And I think it depends on your background anyway. Can't please everyone. Just pick one and stick to it la right.

awang kata said...

Kenapa dengan PPSMI dan tidak dalam mata pelajaran bahasa Inggeris sahaja.

Kenapa peralatan dan kemudahan seperti dalam PPSMI tidak disediakan dalam pembelajaran bahasa Inggeris.

Yang bermasalah adalah menguasai bahasa Inggeris, kenapa sains matematik pula jadi mangsa.

Max J. Potter said...

hey i wrote about PPSMI angrily up my blog. and i found yours an amusing read. =)

and please, to mr awang kata,
what mangsa are you talking about?

huh.

Luna said...

Saya juga tidak menentang ppsmi.

izzati noris said...

@ mr awang: saya kurang faham kenyataan anda. sorry.

@ farah: i know you can :) just playing. yes, true. all this reverting can't be good for the kids.

@ max: thank you :) i hope amusing in a good way

@ que: yay!!! :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com